KerohanianSemasa

Persiapan Masyair Haji capai 60%

Jemaah Malaysia siap sedia melangkah ke Arafah

MEKAH: Persediaan untuk operasi Masya’ir, yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Muzdalifah dan Mina telah mencapai 60% menjelang hari wukuf pada 9 Zulhijjah atau 27 Jun ini.

Masya’ir adalah nama yang diberikan untuk hari-hari kemuncak ibadah haji yang meliputi ibadah wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah dan melontar di Mina.


Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman selaku Ketua Rombongan Haji Malaysia, menyatakan keyakinannya bahawa semua persiapan seperti khemah, bekalan elektrik, bekalan, dan bilik air akan siap sepenuhnya sebelum jemaah haji tiba di Arafah pada 8 Zulhijjah.

Menurut BERNAMA, Syed Saleh juga mengingatkan 31,600 jemaah haji negara untuk bersiap sedia menghadapi cuaca panas dan ruang khemah yang terhad.

Namun, Tabung Haji (TH) telah menyediakan kemudahan seperti penyaman udara dan klinik untuk memastikan keselesaan jemaah dalam melaksanakan ibadah haji.

Sementara itu, TH juga mengadakan majlis bacaan Yasin, solat hajat, dan munajat bersama petugas haji di Ibu Pejabat TH Makkah, Abraj Janadriyah, semalam bagi memohon kelancaran operasi masyair.

Kredit foto Istimewa/madaninews

Operasi Masya’ir merupakan tahap puncak dalam operasi haji yang melibatkan perjalanan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Muzdalifah, dan Mina selama 5 hari bermula dari 8 hingga 13 Zulhijjah.

Tahap kesediaan operasi yang mencapai 60% ini memberikan keyakinan kepada jemaah Haji Malaysia bahawa segala persiapan akan selesai dengan baik menjelang perjalanan ke tempat-tempat suci tersebut.



Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button