Persatuan wartawan berang, AFP pecat wakil di Tebing Barat kerana kempen jenayah Israel
Satu tindakan memalukan oleh agensi berprestij
“Keputusan itu dilakukan selepas kempen yang didorong oleh Nasser Abu Baker mengenai pendirian dan aktivitinya sebagai ketua Persatuan. Dalam hal ini perkara utamanya, membabitkan isu-isu yang diperjuangkan beliau untuk membawa pemimpin penjajah (Israel) ke muka pengadilan mahkamah antarabangsa terhadap jenayah yang telah dilakukan ke atas rakan-rakan wartawan-wartawan kami di Palestin” – Persatuan Wartawan Palestin
Menurut MiddleEast Monitor, tindakan itu juga satu yang memalukan dan mereka mahu Pihak Berkuasa Palestin untuk membatalkan akreditasi agensi media antarabangsa itu seberapa segera. Mereka menuntut semua pihak tidak berurusan dengan AFP dan mendesak wartawan Israel juga disingkirkan.
Menurut Persatuan itu, Abu Baker telah menjadi sasaran gangguan pihak pengurusan AFP selama lima tahun. Pihak atasan, bekas kakitangan senior juga telah mendesak untuk Abu Baker meletakkan jawatan kerana usahanya yang mempertahankan wartawan.
Setakat ini media Perancis itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Namun semua institusi media Palestin mengutuk pemecatannya, dan dianggap sebagai isu perkauman sambil menyatakan sokongan kepada Abu Baker.
Sementara itu, Suruhanjaya Pembebasan Tahanan di Tebing Barat berkata, pihak berkuasa Israel turut menggunakan kekerasan ke atas wartawan. Tindakan yang dikenakan ke atas wartawan termasuklah ditahan dan siasat, peralatan media dirampas, ditembak peluru hidup, serbuan ke atas pejabat media serta menutup operasi.
Setakat ini, seramai 18 wartawan ditahan di penjara Israel, meningkat sejak penahanan Zeineh Halawani dan jurukamera, Wahbi Mekkia baru-baru ini akibat pertempuran di Sheikh Jarrah.
********
Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia