SALFIT: Pemusnahan bangunan dan rumah milik rakyat Palestin dilaporkan berhampiran Baitulmaqdis, Jericho, dan Salfit di wilayah yang diduduki, menurut pelbagai sumber.
Di bandar Anata, timur laut Baitulmaqdis, pasukan tentera israel mengiringi sebuah jentolak menceroboh masuk ke bandar itu dan merobohkan 4 bangunan yang dibina berhampiran penghalang pengasingan, serta tembok penahan yang dibina selama lebih 70 tahun berserta set kontena di atas tanah Wakaf, menurut Datuk Bandar Anata, Taha Numan.
Further scenes for the lsraeli occupation forces demolishing a Palestinian-owned house west of Salfit. pic.twitter.com/HaSR3l8CHL
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 10, 2023
Tentera penceroboh juga merobohkan tembok yang terletak di Kawasan B, yang berada di bawah pentadbiran Palestin dan kawalan tentera israel, serta lebih banyak tembok penahan yang dibina di atas tanah milik penduduk tempatan dirobohkan.
PHOTOS: In the Jericho area, east of the West Bank, Israeli army bulldozers demolished a Palestinian-owned building in the village of al-Diyouk al-Tahta and issued a demolition order against another one built for over 15 years.
Credit: Wafa News Agency pic.twitter.com/0dqIagtig6
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) January 10, 2023
Di kawasan Jericho, timur Tebing Barat, jentolak tentera israel merobohkan sebuah bangunan milik rakyat Palestin di perkampungan al-Diyouk al-Tahta dan mengeluarkan arahan untuk merobohkan bangunan lain yang dibina selama lebih 15 tahun.
Pasukan itu juga merobohkan stor yang dibina di jalan utama bandar al-Ouja yang dimiliki oleh salah seorang penduduk tempatan.
Watch: A Palestinian mother cries in pain over her home, which was demolished by Israeli occupation forces in Kafr Al-Dik town, west of Salfit, today. pic.twitter.com/n2nFK2YRtR
— Quds News Network (@QudsNen) January 10, 2023
Di daerah Salfit utara Tebing Barat pula, tentera pendudukan israel menceroboh bandar Kufr al-Dik, mengepung sebuah rumah milik seorang penduduk tempatan, dan terus merobohkannya selepas menghalau penduduknya keluar dari kediaman itu.
BACA JUGA
Pembunuhan gadis 16 tahun, Palestin gesa siasatan antarabangsa
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini