RIYADH: Permohonan visa umrah 1444 Hijrah bagi jemaah luar negara sudah dibuka bermula pada hari ini (Khamis), menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Menurut kementerian tersebut, jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi akan mengerjakan ibadah umrah dan ziarah Masjid Nabawi mulai 30 Julai ini.
Welcome pilgrims from around the world! 🕋
Starting from today: Visa Applications for Umrah are now open.
Please note that permits to perform Umrah for local and international pilgrims will be issued starting August 3rd, 2022.#Makkah_and_Madinah_Eagerly_Await_You pic.twitter.com/Xc4taXCnjY— Ministry of Hajj and Umrah (@MoHU_En) July 13, 2022
Tambahnya lagi, syarat permohonan visa umrah boleh disemak di portal kementerian menerusi pautan https://haj.gov.sa/en/InternalPages/Umrah
Maklumat lanjut boleh didapati di laman https://umralicense.haj.gov.sa. bagi agensi umrah dan ziarah dari luar Arab Saudi yang ingin memohon lesen perkhidmatan umrah.
Dalam pada itu, syarikat agensi umrah dan ziarah juga diingatkan untuk melampirkan dokumen pendaftaran perniagaan, keahlian IATA dan dokumen-dokumen berkaitan.
Pemohon visa juga disyaratkan telah mengambil vaksinasi Covid-19 yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi, selain menpunyai sijil lengkap vaksinasi yang diperakui sah negara masing-masing bagi menjamin pencegahan penularan Covid-19.