Permit syarikat import daging akan digantung jika bersekongkol
Terbabit kartel daging halal palsu
SERDANG : Permit import syarikat (AP) yang terbabit dengan kartel daging halal palsu akan digantung.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, kementeriannya tidak teragak-agak untuk menggantung pemberian AP syarikat yang berkenaan dalam kartel daging halal palsu.
Pada masa kini, siasatan sedang dijalankan oleh pihak berwajib dalam berhubung kartel daging import haram itu termasuk sekiranya terdapat pemegang AP dan penjawat awam terlibat katanya.
“Biar siasatan dibuat dahulu dan apabila ia selesai tindaka selanjutnya akan diambil ini termasuk menggantung AP sekiranya terbukti bersalah,” – Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Beliau menegaskan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa mengaudit daging dan ayam yang akan dibawa masuk ke negara ini bagi memastikan ia berstatus halal.
Kiandee yang ditemui media selepas selepas merasmikan Persidangan Pertanian Digital Kebangsaan di ibu pejabat Institut Penyelidikan Pertanian dan Kemajuan Malaysia (MARDI) di sini, hari ini. BERNAMA
-Muhammad Haziq Amzar Kamarulzaman (Pelajar Fakulti Animasi UiTM)