Kemanusiaan

TUDM terbangkan warga emas terkena serangan jantung

Pindah dari udara kerana banjir

KUANTAN : [VIDEO} Angkatan Tentera Malaysia melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan menggunakan Helikopter EC725 AP dari Pangkalan Udara Kuantan untuk membawa seorang warga emas yang mengalami serangan jantung pada Jumaat (9Jan).

Marathan Muthu a/l Manikam, 72 tahun yang menerima rawatan awal di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh terpaksa di bawa segera melalui pesawat TUDM ke Hospital Tunku Ampuan Afzan untuk menerima rawatan pakar berikutan situasi banjir semasa yang menyukarkan penghantaran melalui jalan darat.

Pesawat yang dikendalikan oleh Komander Pesawat Mej Mohd Asmil Faiq bin Adnan TUDM dan Pembantu Juruterbang Kapten Thaddaeus Raphael anak Azis@Sait TUDM telah membuat penerbangan dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 9.30 malam untuk mengambil pesakit di SMK Seberang Temerloh dan selamat mendarat semula di Pangkalan Udara Kuantan jam 10.50 malam.

Anak kapal lain yang turut terlibat adalah Kuartermaster Udara (AQM) PW U II Abdul Latif bin Md Amin dan Sjn U Jilvanio Stephanus. Selain itu, penerbangan ini turut diiringi oleh seorang doktor perubatan, Dr Tee Kee Chun; seorang jururawat, Noorainmah bt Mat Nil dan seorang pembantu perawatan kesihatan, PPK Radzuan.

– sumber Sek D Markas Tentera Udara Diraja Malaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button