Pertubuhan ‘Dunia Melayu, Dunia Islam’ Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Solidariti Palestin ‘Selamatkan Hospital, Selamatkan Palestin’.
Perhimpunan ini dianjurkan atas desakan konflik semasa yang telah memperlihatkan kekejaman tentera Israel begitu ketara, apabila bukan hanya menembak dan mengebom Masjid dan bangunan-bangunan yang didakwa terdapat pejuang Hamas. Tentera Israel juga telah menyerang hospital-hospital di wilayah konflik dengan menembak peluru hidup, mengebom dan menembak gas pemedih mata. Hospital terbesar di semenanjung Gaza, Hospital Al-Shifa telah diserang secara brutal sehingga menyebabkan ribuan mangsa perang yang sedang mendapatkan rawatan meninggal dunia.
Lebih malang lagi, Tentera Israel telah menyekat segala bantuan seperti bekalan bahan api untuk untuk kegunaan janakuasa elektrik di hospital-hospital, menyebabkan segala rawatan yang memerlukan bekalan elektrik tidak berfungsi. Akibatnya ribuan bayi telah meninggal dunia termasuk pesakit-pesakit lain. Laporan PBB menyatakan sejumlah 22 dari 36 Hospital di semenanjung Gaza tidak dapat beroperasi.
Oleh yang demikian, Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Selangor disokong oleh Dunia Melayu Dunia Islam Malaysia (DMDIM) bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan NGO-NGO mengambil tanggungjawab secara aktif, bagi menunjukan rasa tanggungjawab dan solidariti kepada seluruh dunia, peperangan yang mensasarkan hospital ini hendaklah dihentikan serta merta dan sewajarnya setiap mangsa perang atau orang awam diberi kemudahan untuk mendapatkan rawatan di mana-mana hospital di kawasan konflik. Usaha yang kami gerakan juga, adalah menyalurkan bantuan alatan dan perubatan yang terjejas teruk akibat konflik yang terkini melanda Palestin.
Bagi menyampaikan hasrat ini tersebut, DMDI Selangor akan menganjurkan satu acara atas nama, ‘PERHIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN, SELAMATKAN HOSPITAL, SELAMATKAN PALESTIN’. PELAKSANAAN ACARA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Tarikh : 15 Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 5.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Stadium Kajang, Bandar Kajang, Selangor.
Tetamu VVIP : YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri,
TYT Melaka (Presiden Dunia DMD)