PalestinSemasa

Perang israel – Gaza : Lebih 400,000 rakyat Palestin jatuh miskin

Laporan PBB telah memberi gambaran jelas mengenai ekonomi Palestin yang merudum selepas sebulan israel menyerang Gaza.

Keluaran dalam negara kasar menyusut 4 peratus di Tebing Barat yang dijajah pada bulan pertama perang, menyebabkan lebih 400,000 orang hidup dalam kemiskinan, satu kesan ekonomi yang tidak dapat dilihat dalam konflik Syria dan Ukraine, atau mana-mana perang Israel-Gaza sebelum ini.

Sekurang-kurangnya 45 peratus daripada rumah di Gaza juga telah rosak atau musnah akibat pengeboman Israel, menurut penilaian yang dikeluarkan oleh Program Pembangunan PBB dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia Barat.

Jika perang berterusan untuk bulan kedua, PBB mengunjurkan bahawa keluaran dalam negara kasar Palestin, iaitu $20.4 bilion sebelum perang, akan turun sebanyak 8.4 peratus. Itu kerugian $1.7 bilion. Dan jika konflik itu berlarutan pada bulan ketiga, KDNK Palestin akan turun sebanyak 12 peratus, dengan kerugian sebanyak $2.5 bilion dan lebih 660,000 orang terjerumus ke dalam kemiskinan.

Penolong Setiausaha Agung UNDP Abdallah Al Dardari berkata kerugian KDNK sebanyak 12 peratus pada akhir tahun akan menjadi “besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Sebagai perbandingan, katanya, ekonomi Syria pernah kehilangan 1 peratus daripada KDNK setiap bulan pada kemuncak konflik yang bermula pada 2011, dan Ukraine mengambil masa selama 18 bulan untuk kehilangan 30 peratus daripada KDNKnya.

 

Related Articles

Back to top button