Kiswah Kaabah diselenggara sempena menyambut kedatangan Ramadan
MEKAH : Penyelenggeraan berkala Kiswah Kaabah dijalankan selama lima hari sebagai persiapan untuk menyambut Ramadan di kota suci Mekah.
Pengarah Bahagian Penyelenggaraan Kiswah Kaabah, Fahd Al-Jabiri berkata ia termasuklah kerja untuk mengetatkan pada bahagian Hizam (tulisan kalimah Al-Quran) untuk menunjukkan kilauannya serta merapikan pada bahagian hujung kain tersebut.
Hizam yang digantung 2/3 atas Kaabah itu bercorak dengan tulisan Khalimah Al- Quran yang disalutkan dengan emas sertas dihiaskan dengan sulaman perak.
Kiswah itu dipantau dan diberikan penyelenggaraan secara berkala oleh sekumpulan pakar di mana antara mereka mempunyai pengalaman selama 26 tahun.
Dalam pada itu, Fahd Al-Jabiri menegaskan bahawa presiden menggunakan teknologi terkini dan bahan dengan standard antarabangsa bagi menyelenggara Kiswah Kaabah hasil daripada dua penjaga Kaabah iaitu Raja Salman bersama putera mahkotanya.
Pembukaan kota suci Mekah kepada pelancongan antarabangsa selepas pandemik COVID-19 akan menarik ramai pelancong dari serata dunia untuk melaksanakan ibadah Umrah.
Bulan Ramadan merupakan bulan suci bagi umat Islam dan ibadat umrah sambil berpuasa merupakan sebuah impian bagi seorang Muslim.
-AGENSI
Oleh Wartawan Pelatih – Izzul Nazaruddin