PalestinSemasa

Penyeksaan Israel ke atas Khalil Awawdeh akan berakhir

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Banduan Palestin yang mendapat perhatian dunia sebelum ini, Khalil Awawdeh telah menamatkan mogok lapar selama 172 hari selepas rejim Israel dilaporkan bersetuju untuk membebaskannya pada Oktober ini.

Awawdeh dikatakan telah menamatkan mogok laparnya dengan secawan teh pada Rabu lalu, lapor media Palestin.

Bercakap dari katil hospitalnya, lelaki berusia 40 tahun itu berkata dia akan kekal di hospital sehingga dia boleh berjalan semula.

kredit foto Twitter – @Suatklcts

Bapa kepada 4 kanak-kanak perempuan itu melancarkan mogok lapar sejurus selepas penahanannya pada Disember tahun lalu sebagai protes terhadap apa yang dipanggil ‘penahanan pentadbiran’.

Dasar ini telah diamalkan oleh rejim Israel selama beberapa dekad, tahanan Palestin ditahan untuk tempoh masa yang panjang dan boleh diperbaharui tanpa didakwa atau dibicarakan di mahkamah.

Sebelum ini Awawdeh telah melancarkan mogok lapar selama 111 hari, namun telah berhenti seketika apabila Israel berjanji untuk membebaskannya. Dia meneruskan mogok apabila pegawai penjara rejim Israel mengingkari janji mereka untuk membebaskannya.

Bercakap bulan lalu, peguamnya Ahlam Haddad memberi amaran bahawa banduan itu boleh mati bila-bila masa berikutan keadaannya yang semakin teruk, yang menyaksikan dia kehilangan kira-kira 45 kilogram.

“Saya rasa badan saya memakan dirinya secara dalaman,” kata banduan itu pada masa itu, matanya terbeliak dan suaranya turun naik semasa dia bercakap.

Kredit foto Twitter – @OnlinePalEng

Terdahulu, isteri Awawdeh meminta masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Tel Aviv untuk pembebasan segera suaminya. Dalam wawancara dengan Radio Al-Aqsa, beliau berkata keadaan fizikal suaminya sangat kritikal.

Dia menegaskan bahawa “imej suami saya berada di hadapan mata seluruh dunia hari ini, kerana dia hanya mempunyai berat 38 kilogram dan mempunyai sedikit daging pada tulangnya.”

Kesatuan Eropah berkata ia “terkejut” melihat gambar-gambar jasad Awawdeh yang lemah, kemudian mereka menyeru agar dia dibebaskan.

Sokongan semakin meningkat di peringkat antarabangsa untuk pembebasan Awawdeh yang berusia 40 tahun, selepas isterinya berkongsi imej tubuhnya yang sangat kurus pada Ahad, sehari selepas dia melawat bilik hospitalnya.

Dia telah ditangkap sebanyak lima kali sejak tahun 2005 kerana aktivisme politik dan telah ditempatkan dalam tahanan pentadbiran sebanyak 3 kali dari tahun tersebut.

Dalam satu lagi video yang dikongsi sebelum ini oleh peguamnya, Awawdeh mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berdiri di sisinya sebelum menamatkan mogok laparnya.

“Terima kasih atas sokongan anda,” katanya. “Kamu adalah bangsa yang hebat. Kamu adalah bangsa yang hebat.” – ujarnya.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button