Semasa

Penutup sekolah mengakibatkan sahsiah dan intelek pelajar merudum

PUTRAJAYA : Penutupan sekolah akibat COVID-19 akan menjejaskan sahsiah dan pembangunan intelek pelajar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata penutupan sekolah mungkin merupakan pilihan terakhir sekiranya jangkitan COVID-19 dalam pendidikan sektor menjadi lebih teruk.

Menurutnya lagi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendapat bahawa penilaian risiko harusi dijalankan di peringkat sekolah. Jika ada pelajar yang terkena jangkitan COVID-19, hanya pelajar yang dijangkiti sahaja tidak dibenarkan ke sekolah. Jika perlu, hanya kelas sahaja yang berkenaan sahaja akan di tutup dan bukannya satu institusi sekolah yang ditutup.

Beliau berkata sebahagian besar kes COVID-19 yang dilaporkan di sekolah adalah sama ada tanpa gejala atau gejala ringan dan, buat masa ini, tiada kategori empat dan lima kes telah dilaporkan.

Untuk menambah baik lagi prosedur operasi standard (SOP) di asrama, pihak KKM akan mengada sesi perbincangan dengan Kementerian Pendidikan bagi mengekang penularan virus ini dikalangan pelajar asrama. Hal ini kerana, pelajar sekolah berasrama telah menyumbang kepada peningkatan kluster pendidikan.

Data KKM bagi Minggu Epidemiologi kelima menunjukkan sebanyak 52 kluster, atau 58.4 peratus, daripada 89 kluster baharu adalah kluster pendidikan.

 

Related Articles

Back to top button