PalestinSemasa

Penunjuk perasaan pro-Palestin berdemonstrasi lawan Netanyahu di AS

Penunjuk perasaan pro-Palestin telah berkumpul di luar Hotel Watergate di Washington DC, tempat PM israel Benjamin Netanyahu tinggal sebelum beliau berucap di Kongres AS pada hari Rabu.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk bertulis: “Tangkap Netanyahu” dan “Seorang penjenayah perang tinggal di sini,” merujuk kepada Netanyahu yang bertanggungjawab atas kematian beribu-ribu orang awam Palestin yang tidak bersalah.

Satu lagi protes besar-besaran juga dirancang pada hari Rabu apabila Netanyahu berucap di Kongres di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza.

Dalam masa yang sama, Biden berikrar untuk terus berusaha untuk menamatkan perang di Gazapada bulan-bulan terakhirnya memegang jawatan selepas dia menarik diri daripada pemilihan semula.

Peperangan israel ke atas Gaza, kini memasuki hari ke-291, telah membunuh sekurang-kurangnya 39,006 rakyat Palestin — majoriti daripada mereka wanita dan kanak-kanak –– dan mencederakan 89,818 yang lain, dengan 10,000+ dianggarkan tertimbus di bawah runtuhan.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button