Semasa

Penunjuk perasaan Palestin berjaya hancurkan dron milik rejim Israel

Dron tersebut digunakan untuk menembak gas pemedih mata

Ratusan pemuda Palestin yang menyertai perarakan tunjuk perasaan bagi membantah penempatan haram berjaya menjatuhkan dron milik zionis Israel.

Dron tersebut digunakan untuk menembak gas pemedih mata ke arah mereka bagi meleraikan demonstrasi yang dijalankan di gunung Jabal Sbaih di perkampungan Beita.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram Eye On Palestine, kelihatan mereka memegang dron dengan diiringi laungan takbir “Allahuakbar”.

 

Menurut laporan Al-Mayadeen, lima warga Palestin tercedera akibat ditembak dengan peluru getah dan terkena gas pemedih mata.

Suruhanjaya Penentangan Tembok dan beberapa organisasi Palestin yang lain menggesa rakyatnya untuk turut serta dalam demonstrasi di hadapan Masjid Agung di desa menuju wilayah timur sebagai tanda protes terhadap penubuhan pos penempatan haram oleh Israel.

Gambar – Wahaj Bani Moufleh

_________________________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button