Peniaga petai solat tepi jalan, sara anak hidap sawan
Pendapatan keluarga bergantung pada jualan petai
NILAI : Tular di media sosial seorang lelaki lingkungan usia 50-an menunaikan solat ketika jual petai di Kota Seriemas, Nilai.
Video berdurasi kira-kira 60 saat yang dikongsi selebriti tanah air, Ajak Shiro memaparkan seorang pakcik segak berbaju kemeja membentang hamparan sejadah untuk menunaikan solat fardu di hadapan keretanya.
Melihat pada ruangan komen, pemilik akaun Zaininorsal92, memberitahu lelaki yang merupakan pakciknya itu menjual petai bagi menyara anaknya yang menghidap penyakit sawan.
Ulas individu itu lagi, hasil jualan petai adalah sumber kewangan keluarga tersebut.
Merujuk pada hantaran Ajak Shiro, beliau nampak kesungguhan pakcik ini mencari rezeki.
“Kalau korang terjumpa pakcik ni niaga depan CS area Kota Seriemas korang support2 la eh. Nampak kesungguhan dia cari rezeki. Semoga Allah permudahkan rezeki Pakcik.” – Ajak Shiro
Di akhir ciapan Ajak menambah ‘tempat bukan alasan’ membawa maksud di mana sahaja umat Islam boleh menunaikan rukun islam kedua itu tanpa alasan dan dalam apa jua keadaan asalkan tidak membawa kemudaratan.
Oleh Nurshazlin Shahrom