DomestikPendidikanSemasa

Pengoperasian sekolah tanpa penggiliran berjalan lancar

KOTA BHARU: Empat negeri yang memulakan pengoperasian sekolah secara bersemuka tanpa penggiliran bagi kumpulan A, berjalan lancar dan teratur pada hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata sebelum ini seramai 130,177 pelajar dan murid yang sebelum ini terbabit dengan sistem penggiliran bagi kumpulan A kembali hadir seperti biasa, manakala kumpulan B yang melibatkan 416,000 murid dan pelajar akan bermula esok.

Katanya, Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) kesemuanya berjalan lancar pada hari ini, yang melihat pada tinjauan dan maklum balas pihak sekolah.

“Alhamdulillah hari ini adalah tarikh cukup bersejarah buat Kementerian Pendidikan (KPM) apabila pengoperasian sekolah secara bersemuka kembali seperti biasa tanpa sistem penggiliran.

“Tinjauan dan maklum balas pihak sekolah mendapati, semua pihak sama ada guru, ibu bapa serta pelajar masing-masing memberi kerjasama sebaiknya.

“Sebagaimana yang kita sentiasa tekankan, pembukaan sekolah perlu dilakukan secara progresif iaitu dimulakan secara berperingkat sebelum ianya dibuka seperti biasa secara kekal.

“Untuk mencapai hasrat itu, kita memohon semua pihak sama ada guru, ibu bapa dan pelajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan pada masa sama kita akan membuat pemantauan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau pengoperasian sekolah tanpa penggiliran di SK Seri Ketereh di sini, hari ini.

Radzi berkata, secara keseluruhan, seramai lebih lima juta pelajar dan murid akan kembali ke sekolah seperti biasa sebagaimana sebelum pandemik COVID-19.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button