DomestikEkonomiSemasa

Pengguna jalan raya dijangka meningkat menjelang Aidiladha

KUANTAN:  Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dijangka sebanyak 2.352 juta kenderaan akan menggunakan laluan tersebut bermula 8 hingga 11 Julai ini bagi meraikan Aidiladha.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, ketika musim Aidiladha ini orang ramai mengambil peluang bersama keluarga memandangkan cuti hujung minggu yang panjang dari 8 Julai hingga 11 Julai nanti malah, sejumlah 1,648,000 kenderaan bakal menggunakan lebuhraya KLK dan 704,00 di LPT1.

Tambahnya lagi, demi meningkatkan komitmen dalam menjamin keselesaan semua, Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) tetap dikeluarkan sebagai peringatan di setiap musim perayaan.

Jadual Cadangan Perjalanan. Sumber : FB Lebuhraya Pantai Timur

“Berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun, purata harian hujung minggu bagi Lebuhraya KLK adalah sebanyak 161,000 manakala jumlah kenderaan di LPT1 pula direkodkan sebanyak 65,000 kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, bagi meningkatkan tahap kesediaan pada musim perayaan kali ini, penambahan petugas-petugas dan anggota sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik.

Selain itu, mereka turut membantu melancarkan aliran di lebuhraya dan mempertingkatkan tahap persediaan di semua fasiliti lebuhraya termasuk menjamin tahap kebersihan terjaga di semua Hentian Sebelah dan Kawasan rehat.

“Pengguna jalan raya turut diingatkan untuk memandu dengan berhemah, memastikan kenderaan dalam keadaan baik serta memastikan baki e-wallet Touch n’GO dan SmartTag yang mencukupi dan mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Bagi mendapat maklumat terkini mengenai Lebuhraya KLK dan LPT1, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lembaga Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di talian 1800-88-7752 dan LPT Line di 1-700-818-700. 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button