Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
JERUSALEM : Pengepungan Israel ke atas kem pelarian Shufat dan bandar Anata berdekatan timur laut Baitul Maqdis, diteruskan 4 hari berturut-turut apabila lebih 1000 fanatik Yahudi menyerbu tempat suci umat Islam, Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitul Maqdis dengan melakukan ritual haram.
Kehidupan tergendala di pelarian Shufat dan Anata untuk hari-hari terakhir selepas pihak penjajah israel memutuskan menghukum secara kolektif lebih 130,000 penduduk Palestin di kedua-dua kawasan kejiranan ini dengan mengurung mereka berikutan serangan tembakan di pos pemeriksaan tentera di pintu masuk kem pada malam Sabtu yang menyebabkan seorang askar mati dan seorang lagi cedera parah.
Sementara itu, remaja-remaja di situ berdepan dengan tentera israel yang menceroboh kawasan kejiranan dengan menyerang mereka menggunakan batu dan botol.
Provokasi israel terhadap rakyat Palestin melangkaui dua kawasan kejiranan dan ke Kota Lama Baitul Maqdis di mana lebih 100 fanatik Yahudi hari ini menyerbu Masjid Al-Aqsa, salah satu tapak paling suci umat Islam.
Golongan fanatik berusaha mengubah status quo yang sudah berpuluh-puluh tahun di Masjid dengan memaksa kerajaan membenarkan mereka bebas menunaikan solat di dalam pekarangan Masjid Al-Aqsa dan akhirnya membina kuil Yahudi di tapak tersebut.
Sementara itu, polis israel menyerang penduduk Palestin di Kota Lama Baitul Maqdis ketika fanatik Yahudi memprovokasi penduduk Palestin dan peniaga-peniaga di situ serta menahan beberapa penduduk Palestin.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini