PalestinSemasa

Peneroka israel rampas tanah milik Palestin di Silwan

BAITULMAQDIS: Sekumpulan peneroka israel yang diiringi oleh pasukan tentera menyerbu di daerah timur Baitulmaqdis Silwan pada pagi Selasa dan merampas sebidang tanah persendirian milik keluarga Palestin.

Menurut sumber tempatan, berpuluh-puluh peneroka dan tentera israel menyerbu kawasan al-Ein di Silwan dan merampas kira-kira lima dunum tanah yang dikenali tempatan sebagai tanah ‘Al-Hamra’.

Tanah Al-Hamra di Silwan yang dirampas oleh peneroka israel

Pasukan tentera dilaporkan menyerang beberapa penduduk tempatan, termasuk pemilik tanah, ketika mereka cuba menghalang peneroka daripada memagar tanah, serta menahan lima daripada mereka.

Seorang pemuda pengsan dan jatuh ke tanah selepas tentera israel menyerangnya semasa kejadian di kawasan itu.

Peneroka haram juga turut memasang beberapa binaan di sebidang tanah ini selepas memagarnya, memasang kamera keselamatan di kawasan itu dan menghalang penduduk tempatan mendekatinya dengan bantuan tentera israel.

Sumber tempatan memberitahu agensi berita WAFA bahawa sebidang tanah ini dimiliki oleh Gereja Ortodoks Yunani, yang menandatangani kontrak 70 tahun lalu dengan keluarga Samarin untuk menggunakan tanah itu.

Sumber melaporkan bahawa peneroka datang ke tanah itu dan mula memagarnya walaupun sebelum keputusan mahkamah dikeluarkan.

BACA JUGA
Peneroka israel serang rumah, bakar kereta penduduk di Tebing Barat

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button