Covid19Semasa

Penerima Sinovac perlu ambil dos penggalak sebelum 1 Mac

KUALA LUMPUR : Sebagai langkah untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap, semua individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac 2022.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata jika gagal berbuat demikian, maklumat itu akan tertera di dalam aplikasi MySejahtera menyatakan status mereka tidak lengkap vaksinasi.

Menurutnya, ia membabitkan semua penerima vaksin warga emas tanpa mengira jenis vaksin pertama dan kedua, penerima vaksin Sinovac dewasa.

“Sekiranya tidak, sijil digital itu akan tukar warna kepada putih, maksudnya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu.

“Saya nak umumkan ada 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac belum terima dos penggalak lagi. (Jumlah) ramai ini dan mereka terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer, walaupun berkesan, tidaklah sebaik dan efektif Pfizer.

“Sebab itu saya sudah buat keputusan bahawa, kita lebih menggalakkan mereka menerima Pfizer dan Astra Zeneca, tetapi apa juga penggalak lebih baik daripada tidak ada langsung,” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button