KUALA LUMPUR : Kerja -kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam semalam yang mengakibatkan 13 kawasan terjejas.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (air Selangor) , Elina Baseri menyatakan dalam satu kenyataan , Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas Kerjasama dan kesabaran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
“Pengguna boleh merujuk kepada semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor serta di Facebook, Instagram dan Twitter atau melalui talian hotline Pusat Komunikasi Air Selangor di 15300 untuk maklumat lanjut,” katanya.
– Bernama
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today