ISTANBUL: Kejadian gempa bumi kuat di selatan Turkiye yang mengorbankan hampir 50,000 nyawa turut menyebabkan kebimbangan bagi penduduk di kota besar Istanbul.
Sekitar 70% daripada bangunan telah dibina sebelum perubahan peraturan yang menguatkuasakan piawaian pembinaan lebih ketat pada tahun 1999. Oleh itu, bangunan yang dibina sebelum ini dianggap tidak selamat.
“Help us, save us” they were shouting. But there was nothing we could do.
A month after #TurkeyEarthquake, the devastated new landscape brings new challenges.
Our doc ‘Turkey: Picking up the Pieces’ is on @BBCiPlayer now. https://t.co/MN1nlYLRio pic.twitter.com/JuDM9PprNn
— Anna Foster (@annaefoster) March 6, 2023
Selepas gempa bumi di sebelah selatan, terdapat lebih 100,000 permohonan baharu kepada Majlis Perbandaran Istanbul untuk pemeriksaan semula keselamatan piawaian bangunan.
Penyewa dan juga tuan tanah kini boleh memohon, tetapi ada yang masih tidak memohon kerana masalah kewangan. Pampasan untuk membantu mereka yang perlu berpindah pula adalah rendah.
“Saya tidak berasa selamat di sini. Kami kehilangan masa tidur kerana bimbang dan takut gempa bumi akan berlaku bila-bila masa sahaja,” kata salah seorang penduduk Istanbul, Yasemin Suleymanoglu.
Datuk Bandar, Ekrem Imamoglu, telah menjanjikan lebih banyak latihan untuk pasukan penyelamat dan penyediaan tempat perlindungan sementara yang boleh menempatkan sehingga 4.5 juta orang selepas gempa bumi.
Namun perkara ini menyebabkan ramai yang bimbang dan takut keperluan ini masih tidak mencukupi.
Kebanyakan bangunan mempunyai ciri reka bentuk tertentu dan boleh menyebabkannya runtuh jika berada di bawah tekanan semasa gempa bumi.
BACA JUGA
Aktivis MAPIM Malaysia tiba di Kahramanmaras
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia