RAMALLAH : Peneroka israel bersenjata mengamuk di Tebing Barat dan menyerang sebuah ambulans Palestin yang mengangkut seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di utara Tebing Barat yang dijajah serta mencederakan seorang penghuni wanita, menurut Kementerian Kesihatan.
Menurutnya, ambulans sedang membawa kanak-kanak itu dari Hospital Kerajaan Jenin ke unit rawatan rapi di H-Clinic, Ramallah apabila peneroka yang mengamuk membaling batu ke arahnya sehingga memecahkan tingkap dan mengancam nyawa penumpang ambulans.
Watch: Israeli settlers pelted #Palestinian vehicles with stones near Deir Sharaf village, east of Nablus. #Hawara #Nablus #حوارة pic.twitter.com/ScoJqXo8Vb
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) February 27, 2023
Akibat serangan itu, ibu kanak-kanak yang menemani anaknya dalam ambulans, cedera serta memerlukan rawatan perubatan.
Sementara itu, peneroka turut melepaskan tembakan ke arah pemuda Palestin berhampiran bandar Tubas Lembah Jordan, menurut sumber keselamatan Palestin.
Askar di kawasan itu campur tangan untuk menangkap seorang daripada rakyat Palestin selepas dia turut dipukul, kata sumber.
Peneroka telah mengamuk di wilayah yang diduduki, membakar berpuluh-puluh rumah, kereta dan harta benda penduduk Palestin.
Berpuluh-puluh rakyat Palestin turut cedera dalam serangan itu.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia