PendidikanSemasa

Penduduk dunia kini berjumlah 8 bilion orang – PBB

CALIFORNIA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengumumkan penduduk dunia kini mencecah jumlah 8 bilion orang, setelah mengambil tempoh 12 tahun untuk bertambah dari 7 bilion orang, lapor Sputnik news pada Selasa.

“Pada 15 Nov 2022, penduduk dunia diunjurkan mencecah 8 bilion orang, satu peristiwa penting dalam perkembangan manusia sejagat”, menurut PBB menerusi laman web Day of Eight Billion miliknya.

Pertumbuhan yang dianggap pantas ini, tidak pernah berlaku tetapi kualiti peningkatan jangka hayat manusia kini semakin baik susulan penjagaan kesihatan awam semakin mantap, pemakanan, kebersihan diri dan perubatan.

Hal itu juga disebabkan tahap kesuburan yang tinggi dan berterusan di beberapa negara.

Data terkini jumlah pelarian di seluruh dunia berdasarkan sumber Agensi pelarian PBB, UNHCR

Namun begitu, seramai 103 juta penduduk dunia dicatatkan sebagai pelarian dan kini hidup merempat di serata dunia.

PBB menganggarkan untuk mencapai populasi dunia sebanyak 9 bilion akan mengambil masa 15 tahun lagi disebabkan kadar pertumbuhan yang mungkin akan merosot di masa hadapan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button