DuniaSemasa

Penduduk di Syria masih trauma dengan gempa bumi yang melanda

JANDARIS : Penduduk di barat laut Syria mengalami ketakutan dan trauma apabila dua gempa bumi baharu melanda pada petang Isnin, dua minggu selepas bencana gempa bumi memusnahkan sebahagian besar wilayah itu termasuk selatan Turkiye.

Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan ratusan cedera di kedua-dua negara.

“Ramai yang cedera kerana rempuhan, panik dan juga melompat dari bangunan,” kata Oubadah Alwan, jurucakap Pertahanan Awam Syria, juga dikenali sebagai Topi Keledar Putih, kepada Al Jazeera.

Kumpulan penyelamat menganggarkan lebih 190 kecederaan di kawasan yang dikuasai pembangkang di negara itu yang menempatkan empat juta orang.

“Orang awam kebanyakannya tidur di luar dan enggan pulang ke rumah mereka walaupun kesejukan,” kata Alwan.

Persatuan Perubatan Amerika Syria, yang mengendalikan hospital di utara Syria, berkata mereka merawat beberapa orang yang mengalami serangan jantung yang disebabkan oleh ketakutan.

Lebih 47,000 orang maut di Syria dan Turkiye berikutan gempa bumi 6 Februari lalu.

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button