Semasa

4 kanak-kanak terkorban dalam pengeboman terbaru rejim Assad

BEIRUT : Empat kanak-kanak terbunuh manakala lima lagi cedera parah dalam tembakan artileri oleh rejim Bashar al-Assad yang mensasarkan kawasan perumahan di kampung Qastoun, sebelah barat Hama.

Menurut Anggota Pertahanan Awam Syria yang dikenali sebagai The White Helmets, seorang wanita dan seorang lelaki juga cedera ketika pasukan rejim menyerang kampung Zayadiya.

Kesemua mangsa di kampung Qastoun di wilayah Hama berasal dari keluarga yang sama.

Wilayah Idlib mempunyai populasi tiga juta penduduk, dua pertiga dari mereka dipindahkan dari daerah lain sejak berlakunya perang saudara selama sedekad.

Gencatan senjata sebelum ini yang diusahakan sekutu regim Syria, Russia dan penyokong pemberontak, Turki, melindungi wilayah berkenaan daripada sebarang serangan kerajaan sejak Mac 2020.Tetapi pasukan rejim telah meningkatkan serangan mereka di selatan benteng sejak Jun.

Bashar al-Assad mengangkat sumpah jawatan untuk penggal baru bulan lalu dan bersumpah untuk “membebaskan beberapa kawasan di tanah air” menjadi salah satu keutamaannya.

Perang Syria telah mengorbankan sekitar setengah juta orang sejak 2011 dengan bertindak secara kekerasan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan.

-AGENSI

Diterjemah oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button