RAMALLAH: Penceroboh yahudi di Tebing Barat menyerbu sebuah perkampungan Palestin dengan diiringi pasukan tentera, pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Menurut sumber, berpuluh-puluh pendatang yahudi itu melakukan serbuan di Et-Tevane, di kawasan Mesafir Yatta di selatan Hebron.
Mereka bertindak membakar kenderaan milik rakyat Palestin dan menyerang individu yang membantah kezaliman sehingga menyebabkan pertempuran dengan penduduk.
Tentera israel turut campur tangan dengan menggunakan gas pemedih mata dan peluru bersalut getah terhadap umat Islam Palestin.
Tentera israel juga menembak mati seorang pemuda Palestin berusia 19 tahun, Qusai Mu’tan, lapor agensi berita rasmi Palestin, WAFA.
Palestinians mourners take part in the funeral procession of slain Qusai Mu’tan, 19, shot dead in cold blood last night by Israeli settlers in the village of Burqa, east of Ramallah.
Credit: Huthifa Suroor/ Wafa News Agency #Freepalestine pic.twitter.com/X5fIxxKRrK
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) August 6, 2023
Terbaharu, WAFA turut melaporkan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas seorang peneroka israel melanggarnya di perkampungan Kissan, timur bandar Bethlehem.
Palestinian child sustains critical injuries after being run over by an lsraeli settler east of Bethlehem. pic.twitter.com/ASEJCJFmml
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) August 6, 2023
Tebing Barat sepanjang tahun kerap menyaksikan serbuan dan serangan dilakukan oleh pendatang yahudi di bawah perlindungan tentera israel dalam usaha meluaskan tanah jajahan mereka.
Umat Islam di Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia