BAITULMAQDIS : Sekumpulan penjajah Israel bertekad untuk meneruskan perarakan mengibarkan bendera di sekitar kawasan di Kota Lama Baitulmaqdis, tidak menghiraukan larangan polis terhadap acara yang menjadi salah satu pencetus Perang 11 Hari pada tahun lepas.
Kumpulan Palestin berkata bahawa mereka telah “meningkatkan kawalan keselamatan” dan memberi amaran terhadap radikal Israel yang mengadakan perarakan bendera di Baitulmaqdis.
“Pada peringkat ini, polis tidak meluluskan perarakan protes di bawah susun atur yang diminta,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan, tanpa mengulas lanjut.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Israel gagal untuk dihubungi bagi mendapatkan komen sama ada perarakan itu akan diharamkan atau hanya di laluan yang dicadangkan melepasi Pintu Damsyik.
Peristiwa pencerobohan dan keganasan Zionis Israel itu mencetuskan perang 11 hari antara Israel dan pejuang Palestin Hamas pada Mei tahun lalu.
Ketegangan Israel-Palestin meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas beberapa siri serangan yang dilancarkan oleh Israel, diikuti dengan operasi ketenteraan di Tebing Barat.
Pada Isnin, pejuang Palestin melepaskan roket dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel buat pertama kali sejak beberapa bulan, dan Israel bertindak balas dengan serangan udara.
Untuk rekod, tentera Israel telah mengadakan serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa untuk memberi ruang kepada sambutan hari Paskah mereka sehingga menyebabkan ketegangan antara rakyat Palestin dan Israel.
Serangan tersebut telah mencemarkan kesucian Masjid Al Aqsa dan menyebab ramai rakyat Palestin maut dan tercedera.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia