Banjir

Penantian 12 tahun rumah baharu terkabul

Dari Kg. Baru ke rumah baharu

KUALA LUMPUR  : Dapur itulah bilik tidur mereka, tempat memasak, ruang berkumpul menjamu hidangan mereka sekeluarga.

Namun semua itu akan menjadi kenangan bagi pasangan Abdul Latiff Othman dan Asniza Aziz.

Penantian 12 tahun mengimpikan sebuah rumah, demi keselesaan anak-anak yang semakin membesar,  akhirnya tertunai.

Mereka sebelum ini tinggal di rumah kecil di belakang rumah induk di Kampung Baru ini, namun sejak kebelakangan ini keadaannya semakin buruk kerana akan digenangi air, memaksa mereka berteduh di rumah utama yang terlalu usang.

Malam tadi bermulalah kehidupan tujuh beranak ini di teratak baharu, setelah puas merasai pengalaman tidur dalam berhujan, akibat atap yang bocor.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia, bersama para aktivis bersama-sama membantu keluarga Latiff dan Aniza mengangkut barangan dan keperluan dari rumah lamanya di Kampung Baru ke Perumahan Pangsa, Desa Rejang, Setapak di ibu negara.

Tidak banyak yang dibawa kerana kata mereka, yang penting tempat berteduh dari panas dan hujan pun sudah mencukupi.

Sejak dua minggu, aktivis MAPIM dan juga pihak dermawan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Azizul menguruskan dokumen dan perpindahan keluarga ini ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Bagi, Aniza berkat sabar dan usaha turun naik DBKL akhirnya rumah baharu untuk anak-anak menjadi kenyataan.

“Terima kasih buat MAPIM, juga yang lain bantu kami, dapatlah akhirnya anak-anak merasa duduk rumah baharu, lepas ini harap mereka juga dapat belajar dengan baik, dan mula hidup baru di tempat baru.”

Mana hati yang tidak tersentuh apabila melihat keceriaan wajah anak-anak lima beradik itu apabila melangkah kaki masuk ke rumah baharu.

Menyelami perasaan mereka, rasa seronok bukan kepalang, terpapar di riak wajah mereka.

Mempunyai tiga bilik dengan ruang dapur dan bilik mandi, kemudahan adalah lebih selesa berbanding teratak lama yang menunggu masa untuk menyembah bumi.

 

Rezeki juga buat keluarga setelah suaminya yang sembilan bulan bergantung hidup dengan membuat kerja-kerja sampingan kerana tamat kontrak Ikatan Relawan Rakyat (RELA) kini sudah pun mempunyai pekerjaan tetap sebagai pengawal keselamatan.

Sebelum meninggalkan keluarga ini yang bakal menyusun perjalanan kehidupan yang baharu, perasaan terharu aktivis tercetus apabila, Aniza memecahkan rahsia anak kedua.

“Kakak kata, bila dah besar dia nak masuk jadi macam MAPIM (sertai aktivis) sebab dia tengok dah bantu kita, dan dia nak bantu orang juga” – Asniza

Satu hasrat yang amat menyentuh hati dan semoga Allah SWT mengkabulkan impian anak ini.

Sebelum beredar, kami tinggalkan keluarga ini dengan doa ringkas diketuai oleh aktivis, Ustaz Muhammad Fakruddin Zainol.

Semoga kehidupan membawa sakinah, mawaddah warahmah buat keluarga ini hingga ke akhir hayat.

  • Setiap insan berbeza ujiannya, dan mengikut kemampuannya yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Namun ujian itu memberi peluang kepada yang mempunyai kelebihan membantu yang kekurangan.

Misi Ummah Bantu Ummah
MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button