PalestinSemasa

Pemuda Palestin terkorban semasa serbuan Tebing Barat

Jenayah rejim zionis di Nablus berlarutan

NABLUS: Konflik terbaru israel-Palestin telah mengakibatkan seorang pemuda Palestin terbunuh semasa serbuan tentera israel di Tebing Barat yang dicerobohi, pertumpahan darah itu disifatkan paling ganas dalam beberapa tahun, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Agensi berita rasmi Palestin, WAFA melaporkan, Mohammed Abd al-Hakim Nada, 23, dibunuh di kem pelarian al-Ein berhampiran bandar Nablus Tebing Barat semasa pertempuran dengan tentera yang mengepung sebuah rumah di kem berkenaan.

“Seorang lelaki muda meninggal dunia akibat kecederaannya ketika tentera penceroboh menyerbu bandar Nablus pada tengah hari (09:00 GMT)”.

“Syuhada, Mohammed Abd al-Hakim Nada, ditembak di dada,” menurut kementerian itu.

Tentera israel dengan angkuh mengakui mereka telah memasuki kem dan menangkap seorang yang disyaki pejuang.

tentera rejim cuba menyekat bantuan perubatan masuk membantu mangsa

WAFA turut melaporkan seorang lagi lelaki terbunuh semasa pertempuran dengan tentera yang mengepung sebuah rumah di kem pelarian.

Sebuah kumpulan pejuang Palestin, Briged Syahid al-Aqsa berkata pejuangnya telah menyerang hendap satu unit pasukan khas di lorong-lorong kem al-Ein dan berjaya menumpaskan beberapa tentera penceroboh israel.

Kumpulan Palestin Hamas, yang mengawal Semenanjung Gaza yang disekat, mengutuk apa yang digelar sebagai ‘jenayah zionis di Nablus’.

3 orang pemuda muslim yang terkorban pada Selasa

Insiden pada Rabu itu berlaku sehari selepas tentera israel membunuh tiga lelaki Palestin yang melepaskan tembakan ke arah tentera berhampiran Nablus. Hamas mengaku ketiga-tiga mereka adalah anggota sayap bersenjatanya.

Keganasan telah meningkat di Tebing Barat sejak tahun lalu, apabila rejim israel mula melakukan serbuan hampir setiap hari, yang membawa kepada ratusan penangkapan dan pembunuhan.

Foto kredit IssamRimawi Photography

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button