TEBING BARAT: Sejak kebelakangan ini, beberapa kawasan di Palestin antaranya Tebing Barat sering diserang oleh pasukan penceroboh israel. Banyak rumah dirobohkan dan ramai warga Palestin terkorban akibat pembantaian yang dilakukan setiap hari.
lsraeli occupation forces invade a number of Palestinian villages and cities across the occupied West Bank last night. pic.twitter.com/no3zQEO4SI
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) November 28, 2022
Pasukan pendudukan dan juga tentera israel merobohkan rumah-rumah serta memberikan tekanan kepada warga Palestin di Tebing barat termasuk pembunuhan golongan remaja serta pemuda untuk menghalau mereka dari menduduki kawasan di situ. Perkara yang berlaku di Palestin ini mencetuskan suasana tidak aman di bumi Gaza dan sering berlaku peperangan serta serangan oleh tentera israel terhadap warga Palestin.
Security camera recording dating back to Friday shows lsraeli settlers torching Palestinian-owned vehicles in Jerusalem’s west villages. pic.twitter.com/AY728x2GGM
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) November 27, 2022
Menurut Pengerusi MyAqsa Defenders (MyAD), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, kini terdapat satu kebangkitan baharu yang dilakukan oleh anak-anak muda dengan kumpulan-kumpulan yang baharu iaitu Arren al-Ossoud atau Lion’s Den yang kini ditakuti oleh pasukan penceroboh israel di Tebing Barat.
Tambahnya, polisi merobohkan rumah telah dibuat oleh zionis israel sejak dahulu lagi tetapi pihak mujahidin tidak pernah berhenti untuk meneruskan perjuangan mereka bagi mempertahankan hak mereka sendiri.
“Alhamdulillah para pemuda ini semakin bangkit walaupun gerak geri mereka kini semakin perlahan tetapi mereka tidak pernah mengalah dan semangat mereka belum lagi padam. Mereka mempunyai 3 pecahan kumpulan iaitu kumpulan yang telah mati syahid, kumpulan yang telah cedera dan satu lagi kumpulan yang masih lagi merancang untuk melakukan kebangkitan yang baharu,” ulas Nadir ketika di temubual wartawan Ummah Today.
Rakyat Palestin tidak akan pernah berundur walaupun rumah-rumah mereka habis dirobohkan dan pemuda mereka dibunuh dengan kejam setiap hari. Rakyat Palestin akan tetap bangkit dan mempertahankan hak-hak mereka daripada terus dirampas serta berusaha menyelamatkan lebih banyak nyawa daripada terkorban.
BACA JUGA
Selepas sekolah, penceroboh israel roboh rumah warga Palestin
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini