Pemohonan bantuan kebajikan secara online mulai Jan 2023
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara atas talian yang akan beroperasi bermula 1 Januari 2023.
Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat semasa dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah memaklumkan, permohonan atas talian itu disediakan bagi memberi kemudahan, keselesaan dan kesejahteraan pemohon.
“Berhubung dengan isu mereka yang masih menunggu bantuan kebajikan, sebagai makluman jumlah peruntukan tahunan yang disediakan untuk bantuan kebajikan terutamanya untuk warga emas adalah terhad.”
“Oleh itu, bukan semua warga emas dapat diberi pertimbangan dalam permohonan baharu mereka dan mereka perlu memenuhi syarat kelayakan permohonan serta tertakluk kepada kedudukan kewangan sedia ada yang belum ada komitmen.”
“Selain daripada sistem sedia ada, Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) telah membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian iaitu jpka.sabah.gov.my yang akan beroperasi pada 1 Januari 2023,” kata Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng.
Beliau menjawab soalan lisan Dr Daud Yusof (Bongawan-Warisan) yang ingin tahu apakah inisiatif dan bantuan yang boleh diberikan kepada orang tua, keluarga daif dan miskin tegar kerana ada segelintir daripada mereka telah dihentikan bantuan kebajikan yang mereka terima malah ada juga yang sedang berusaha untuk memohon bantuan kebajikan tetapi masih dalam proses menunggu.
BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel