Seorang pemimpin kanan Hizbullah Lubnan menegaskan semula sokongannya terhadap operasi ketenteraan Palestin, berkata kumpulannya “tidak berkecuali” dalam pertempuran antara Israel dan Hamas.
Pada hari Ahad, ketika bercakap di perhimpunan berhampiran Beirut, Hashem Safieddine menyifatkan pertempuran Palestin menentang Israel sebagai “epik heroik” yang menyumbang kepada kegemilangan seluruh negara Islam.
Beliau berkata perisikan israel gagal menghentikan serangan Hamas dan menekankan “kesediaan sepenuhnya kumpulannya untuk terlibat dalam perang.”
Hamas melancarkan serangan terbesar ke atas Israel dalam beberapa dekad pada hari Sabtu, menembak beribu-ribu roket dan menawan ramai warga Israel. Ia berkata operasi itu sebagai tindak balas kepada penyerbuan Masjid Al Aqsa dan peningkatkan keganasan peneroka haram israel.
Sebagai balasan, tentera Israel memulakan operasinya sendiri terhadap Hamas di Gaza.
Sekurang-kurangnya 700 warga Israel dan 370 warga Palestin dilaporkan terkorban ketika pertempuran berterusan hingga hari kedua pada Ahad.
Sebelum ini, Hizbullah berkata ia telah melancarkan roket dan artileri berpandu ke tiga pos di Ladang Shebaa “sebagai solidariti” dengan rakyat Palestin.
Israel telah menjajah Ladang Shebaa, sebidang tanah seluas 15 batu persegi (39 km persegi), sejak 1967.
SUMBER: AA