Bantuan MAPIM Di GazaKemanusiaanPalestinSemasa

Pemimpin Ha mas ditangkap untuk elak dicalon dalam pilihan raya Palestin

Sheikh Jamal al-Tawil didakwa hidupkan semula ibu pejabat Hamas

BAITULMAQDIS : Pemimpin kumpulan tentera Ha mas, Sheikh Jamal al Tawil,  ditahan oleh tentera Israel atas kesalahan menumbuhkan pangkalan gerakan Palestin di Semenanjung Gaza.

Tentera Israel memberitahu bahawa mereka menahan Sheikh Jamal minggu lalu  di Ramallah dalam satu operasi tindakan khas atas dakwaan cuba menubuhkan semula ibu pejabat Hamas,

Hamas mengecam penangkapan pemimpin mereka dan akan menghalang sebarang tindakan lanjut tentera Zionis Israel di Semenanjung Gaza.

Di dalam satu kenyataan, Ha mas berkata mereka tidak akan berdiam diri di atas penangkapan Sheikh Jamal al-Tawil. Tentera Ha mas serta komandannya akan meneruskan perjuangan kebebasan kepada beliau.

Beberapa orang dipercayai anggota Hamas ditahan tentera Israel di Tebing Barat dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Langkah ini bagi mengelakkan rancangan pencalonan diri beberapa pimpinan Hamas dalam pilihan raya Palestin yang sepatutnya dijadulakan pada akhir Mei, tetapi ditangguhkan oleh Presiden Mahmmud Abbas.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas di Gaza, Iyad al-Bozom berkata, dua pejuang pergerakan tersebut terkorban ketika cuba mematikan bahan bahan letupan milik tentera Israel di Gaza.

Israel menyekat laluan Semanjung Gaza sejak tahun 2006 yang dikuasai oleh Hamas manakala Fatah mengawasi bahagian Palestin di Tebing Barat .

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

Related Articles

Back to top button