SHAH ALAM: Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi menyeru agar para pemimpin dunia segera bertindak balas terhadap keperluan kecemasan Turki dan Syria.
Melalui kenyataan medianya pada Isnin, Cikgu Azmi turut merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa gempa bumi yang melanda Turki dan Syria.
Tambah Cikgu Azmi, skala kemusnahan lebih 1,800 orang hilang dan cedera sangat mengejutkan.
Gempa bumi pertama dan kedua telah meragut beribu-ribu nyawa di tengah-tengah kesejukan yang teruk sekarang di rantau ini.
“Kami menyedari sepenuhnya situasi yang amat sukar untuk melaksanakan operasi menyelamat. Ribut yang teruk dan cuaca beku akan menjadi cabaran hebat bagi operasi menyelamat untuk mengesan mangsa di bawah runtuhan beribu-ribu bangunan.”
“Kami berdoa agar operasi mencari mangsa yang terselamat akan berkesan,” kata Cikgu Azmi.
Ahmed, a displaced child, was rescued from the ruins of his home in the village of Qatma, north of #Aleppo, #Syria. The family’s house was destroyed by today’s devastating #earthquake. pic.twitter.com/Ec4pommcLc
— The White Helmets (@SyriaCivilDef) February 6, 2023
Menurut Cikgu Azmi, Malaysia harus mengambil inisiatif menghulurkan apa sahaja sumbangan untuk membantu Turki dan Syria pada masa yang memerlukan ini.
MAPIM menggesa rakyat Malaysia menghulurkan bantuan secara tunai dan barangan. Satu pasukan akan dikerahkan segera untuk menilai keadaan dan mengatur operasi bantuan kemanusiaan.
Sumbangan boleh disalurkan kepada MAPIM untuk penghantaran segera ke Turki dan Syria.