Semasa

Pemerkasaan hal ehwal Islam di Malaysia

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan agensi di bawahnya akan bekerjasama dengan Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM), yang didukung 4 pertubuhan dakwah dalam program pembangunan kefahaman Islam serta pemantapan pendakwah yang membawa mesej kesederhanaan dalam Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar berkata kedua-dua pihak secara asasnya bersetuju bekerjasama bagi memperkasakan hal ehwal Islam di Malaysia dalam aspek pembangunan fitrah, budaya kesederhanaan Islam dan nilai wasatiyyah menerusi seminar dan konvensyen yang turut melibatkan masyarakat.

Datuk Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

“Kami juga bersetuju untuk mengukuhkan peranan dan kandungan media Islam yang dapat membangunkan masyarakat yang maju dan progresif serta mengalu-alukan kesediaan pihak HGIM sebagai rakan strategik pembangunan hal ehwal Islam di masa hadapan“, katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan bersama HGIM hari ini.

HGIM terdiri daripada empat pertubuhan dakwah utama dalam negara iaitu Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pertubuhan Ikram (IKRAM), Angkatan Belia Islam (ABIM) dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN).

Dr Haji Mohd Na’im berkata penekakan tentang Islam serta nilai wasatiyyah atau membina gagasan ummatan wasata adalah sejajar dengan program pemerkasaan hal ehwal Islam yang sedang digerakkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang antaranya menekankan elemen kehormatan institusi Islam dan kesejahteraan insan.

“Usaha-usaha untuk membina negara khususnya dalam pelaksanaan agenda Membangun Malaysia MADANI perlu disokong oleh semua pihak“, katanya.

BACA JUGA
MAPIM-JAKIM bekerjasama untuk Misi Bantuan Pasca Bencana Turkiye & Syria

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button