PalestinSemasa

Pembunuhan gadis 16 tahun, Palestin gesa siasatan antarabangsa

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh pada Isnin menggesa siasatan antarabangsa dijalankan berhubung pembunuhan seorang gadis Palestin di Tebing Barat.

Jana Majdi Zakarneh, 16, meninggal dunia pada Ahad selepas ditembak 7 das tembakan tentera israel ketika mereka melakukan serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.

Shtayyeh menyifatkan pembunuhan gadis itu sebagai ‘satu lagi jenayah ngeri yang dilakukan Israel terhadap kanak-kanak’.

Beliau menggesa Perwakilan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata, Virginia Gamba untuk menyiasat perbuatan jenayah terhadap kanak-kanak dan israel diletakkan dalam senarai ‘list of shame’ PBB.

Virginia Gamba kini sedang dalam lawatan rasmi ke wilayah Palestin.

Kementerian Luar Palestin, meminta israel bertanggungjawab sepenuhnya atas serbuan yang menyebabkan kematian gadis itu.

Kementerian itu menyeru Amerika Syarikat dan masyarakat antarabangsa memaksa israel menghentikan perbuatan jenayah yang berterusan.

Sementara itu, tentera israel mendakwa bahawa KONONNYA pihaknya secara tidak sengaja menembak gadis Palestin itu.

Tentera israel menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung insiden pembunuhan Jana Zakarneh, ketika dia berada di atas bumbung rumahnya.

Tentera Israel kerap melakukan serbuan di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dengan alasan menjejaki warga Palestin yang ‘dikehendaki’.

BACA JUGA
Remaja Palestin berusia 18 tahun mangsa korban tentera israel

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button