Covid19PendidikanSemasa

Pembukaan sekolah 20 Januari ini ditangguh

Kes covid cecah 4,000

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan.
Penangguhan itu adalah disebabkan keadaan semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan peningkatan.
Menurut satu kenyataan, KPM memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.
“Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021,” – Kementerian Pendidikan Malaysia
Selain itu, kenyataan berkenaan turut menyebut, memandangkan ada murid sudah mula mendaftar masuk di asrama mulai 16 Januari 2021, KPM telah membuat dua ketetapan masing-masing membabitkan sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian seperti berikut:

Sekolah Berasrama Penuh
*Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:
• boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah; atau
• boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
*Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:
• mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.
Asrama Sekolah Harian
*Murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:
• boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah; atau
• boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
*Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:
• mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.
Selain itu, kenyataan itu juga menyebut, keperluan makan dan minum murid di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button