PalestinSemasa

Pembantaian Jenin: Ribuan umat Islam Palestin telah diusir dari kem

JENIN: Kira-kira 3,000 umat Islam Palestin telah melarikan diri dari kem pelarian Jenin sejak tentera rejim israel memulakan operasi ketenteraan skala besar di kawasan itu pada Isnin, menurut seorang pegawai Palestin.

“Terdapat kira-kira 3,000 orang yang telah meninggalkan kem setakat ini,” Timbalan Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Roub memberitahu agensi berita Perancis AFP, sambil menambah bahawa gerak kerja penyusunan sedang dibuat untuk menempatkan mereka yang dipindahkan di sekolah dan tempat perlindungan lain di bandar Jenin.

Beliau berkata kira-kira 18,000 rakyat Palestin sebelum ini menghuni di kem pelarian itu.

Rami G. Khouri, Pengarah bersama penglibatan global di Universiti Amerika Beirut berkata ‘tahap ketegangan’ serangan terbaru oleh rejim zionis kali ini adalah jauh lebih kejam daripada yang penduduk Jenin pernah alami sebelum ini.

Meletakkan operasi ketenteraan dalam konteks ‘keganasan penjajahan israel’ yang telah berlangsung selama satu abad, Khouri berkata tentera rejim beroperasi dengan ‘kebebasan sepenuhnya’.

“Rejim israel mempunyai kuasa yang jauh lebih besar  dan bebas daripada hukuman PBB atas restu Amerika Syarikat (AS) dan kuasa veto lain – sehingga mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Dan mereka terus menerus membantai,” kata Khouri kepada Al Jazeera.

“Mereka melakukan apa sahaja yang mereka rasa mereka mahu lakukan. Biarpun melampau apatah lagi tiada siapa yang mempertanggungjawabkan mereka,” katanya.

Kredit foto Abedalrahemhaj

Semalam, Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi berkata operasi berdarah itu adalah jelas atas persetujuan AS dan kebisuan kerajaan Arab. AS terlibat dalam pencerobohan Jenin kerana tiada apa yang dilakukan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ketika ini.

BACA JUGA
Ketegangan meningkat di Jenin, 9 pemuda Palestin maut

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button