SemasaSyria

Pembangunan Gaza terbantut akibat perang Ukraine-Rusia

BANDAR GAZA : Konflik Ukraine-Rusia telah menyebabkan peningkatan harga barang mentah sehingga menyebabkan kerja-kerja pembinaan di Gaza terpaksa dipinda akibat kekurangan bahan.

Faktor lain yang juga memberi kesan seperti kemasukan dana yang lambat, harga bahan binaan yang tinggi dan keputusan Mesir untuk menyekat dagangan di Semenanjung Gaza.

Pihak berkuasa di Gaza  menganggarkan kos pembinaan mencecah $400 juta dolar (RM1.69 billion) akibat serangan Israel yang menghancurkan rumah, infrastruktur dan kemudahan awam serta industri.

Setiausaha Menteri Perumahan dan Kerja Awam, Naji Sarhan berkata sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada menteri dan Persatuan Kontraktor Palestin (PKP) ingin mengadakan berbincang dengan pemberi dana.

Namun, kerja pembangunan masih di fasa permulaan akibat keadaan kewangan yang ketat. Sarhah menganggarkan hanya lima peratus daripada pembangunan telah disiapkan.

Salah seorang kontraktor, Shawki Abu Salah, berkata dia terpaksa menghentikan pembinaan berikutan bahan mentah yang mahal dan kekurangan bahan binaan. Ini membuatkan dia terpaksa berhentikan 70 pekerjanya.

Abu Salah berkata dia tidak menjangka pembatalan kerja pembinaan di Gaza disebabkan peperangan Ukraine-Russia dimana ia mengakibatkan negara-negara lain termasuk Mesir untuk meletakkan sekatan atas dagangan bahan pembinaan mereka.

Ujarnya, Gaza mengimport keperluan besi terbesar mereka dari Rusia dan Ukraine sambil bergantung pada Mesir untuk bahan pembinaan mereka.

Tambah dengan peningkatan harga yang mendadak seperti asfalt dari 2000 Shekels (RM2,633) kepada 4,500 Shekels (RM6,000) membuatkan kerjanya terbantut dari segi kewangan.

Pegawai Palestin masih lagi dalam perbincangan dengan pegawai Mesir untuk kecualikan sekatan dagangan.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button