Singapura: Pemandu trak dari Malaysia dan individu yang menumpang kenderaan tersebut tidak perlu melakukan ujian Covid-19 setelah tiba di Singapura bermula Khamis ini.
Bagaimanapun, sebelum dibenarkan memasuki Singapura mereka perlu menunjukkan keputusan ujian Covid-19 yang negatif atau membuktikan mereka baru pulih daripada virus itu di pusat pemeriksaan di Tuas dan Woodlands.
Lapor The Straits Times, ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) dan Ujian Rapid Antigen (ART) digunakan untuk melakukan ujian Covid-19.
Dalam tempoh dua hari sebelum memasuki republik ini, kedua-dua ujian itu perlu dilakukan di pusat kesihatan bertauliah di Malaysia.
Misalnya, seorang pemandu dari Malaysia yang ingin memasuki Singapura pada 3 April, perlu melakukan ujian Covid-19 pada 1 April.
Keputusan ujian itu boleh digunakan selagi ia berada dalam waktu yang dibenarkan untuk memasuki Singapura buat beberapa kali.
Tambahan pula, keputusan ujian yang dikeluarkan pusat kesihatan tidak boleh bertulis, menggunakan Bahasa Inggeris dan dalam bentuk Salinan kertas atau digital.
Pemandu vaksin yang masuk ke Singapura menerusi aturan tersebut juga sudah divaksin sepenuhnya.
Tidak perlu menunjukkan keputusan ujian jika mempunyai bukti jangkitan Covid-19 dalam tempoh 90 hari dan sekiranya mereka baru pulih dari Covid-19 dibenarkan masuk ke republik ini.
-Agensi
Oleh Azrina Amri Wartawan Pelatih Ummah Today