NEW DELHI : Swafoto berani mati. Itulah ungkapan yang boleh dikaitkan dengan pemandu pelancong di Afrika ini yang dengan selamba mengambil gambar bersama harimau bintang pada jarak yang sangat dekat.
Video yang dikongsi oleh Pegawai Luar India, Clement Ben menerusi laman Twitter, menunjukkan sekumpulan pelancong berada di belakang van dengan bahagian bumbung terbuka di sebuah taman safari.
Tidak lama selepas itu, haiwan buas itu datang memanjat kenderaan itu dan mula memeriksa keadaan sekeliling.
African Selfie…Cheetah style pic.twitter.com/WnOHkB5J9D
— Clement Ben IFS (@ben_ifs) September 21, 2022
Pemandu pelancong itu dengan beraninya mendekatkan wajahnya pada harimau tersebut untuk mengambil gambar swafoto, lalu menimbulkan rasa gerun oleh pelancong lain malah ada yang ketawa melihat situasi tersebut.
“Jangan risau, saya pemandu pelancong anda,” katanya sambil harimau bintang itu seolah-olah ‘memberi kerjasama’ dengan memandang ke arah kamera telefon yang digunakan.
Video tersebut telah menerima sebanyak 79,800 tontonan, 2,996 suka.