
ISLAMABAD: “Itu sama sekali tidak benar. Pemanasan global tidak dijana oleh Pakistan!” tegas Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman kepada media antarabangsa.
Kenyataan itu disokong Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama yang menyalahkan negara perindustrian kerana telah membebaskan paling banyak karbon di dunia sebagai punca kepada bencana banjir yang melanda Pakistan.
Let’s be clear: the Pakistani people did not do this to Pakistan –– we all did, and the high-emitting nations are most responsible.
Unless we end our species’ addiction to fossil fuels, every country in the world will remain in the crosshairs of the climate breakdown. pic.twitter.com/48xtWK1WfA
— Frank Bainimarama (@FijiPM) August 30, 2022
“Biar jelas, rakyat Pakistan tidak akan menganiaya diri mereka sendiri. Kita semua adalah puncanya dan negara pengeluar karbon terbanyak adalah yang paling bertanggungjawab!” tegas Bainimarama dalam twitter rasminya.
Sama seperti Fiji, Negara Pakistan adalah antara penyumbang terendah kepada pelepasan karbon global, namun negara itu masih sangat terdedah kepada perubahan iklim.
Pakistan mempunyai kira-kira 7,500 sungai glasier dan peningkatan suhu global menyebabkannya mencair dengan cepat.
We will not be hectored about climate change or mitigation targets (which we will meet)by big carbon emitters.Yes we need to adapt better,but the debates will of course include Loss & Damage,from countries like Pakistan who did not push temps up to 53 C @BBCWorld #PakistanFloods pic.twitter.com/Y16Dqz5gjW
— SenatorSherryRehman (@sherryrehman) August 31, 2022
“Apa yang berlaku di Pakistan ini bukan berpunca daripada perubahan iklim atau sasaran mitigasi oleh tangan kami tetapi berpunca daripada pelepasan karbon global. Ya, mungkin benar kami perlu menyesuaikan diri dengan lebih baik, tetapi Pakistan bukanlah yang menyebabkan suhu cuaca meningkat sehingga 53 darjah celcius!” bantah Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman.
Pakistan kini diserang ‘monsun yang dipacu steroid’ yang sudah menenggelamkan satu pertiga negara itu.
Angka kematian akibat hujan monsun yang melanda Pakistan sejak pertengahan Jun lalu mencecah 1,350, demikian menurut Provincial Disaster Management Authority (PDMA) Pakistan.
Lebih 50 juta rakyat kini hidup merempat, manakala 900 ribu ternakan mati dan 1 juta kediaman musnah akibat ‘gergasi monsun’ ini, berdasarkan agensi berkenaan.
Negara Pakistan terus lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.
Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi
Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016