Aksi rasmi pertama, kejohanan Terbuka ATP ditangguh selepas salah seorang peserta disahkan positif Covid-19.
Taikh baharu belum diumumkan namun penganjur tidak mendedahkan nama pemain yang berkenaan.
Selepas selesai ujian pra kejohanan di Cabaran ATP di Prague, seorang pemain didapati positif Covid-19, kata ATP dalam ciapan di Twitter.
Kejohanan yang menampilkan juara Grand Slam tiga kali, Stan Wawrinka sepatutnya bermula hari ini dan tamat pada 22 Ogos.
“Pemain berkenaan bukannya terus diterima masuk (automatik) beraksi baik dalam undian utama atau pusingan kelayakan,” kata ATP.
Jun lalu, Novak Djokovic, Borna Coric, Viktor Troicki dan Grigor Dimitrov kesemuanya diuji positif virus berkenaan ketika menyertai kejohanan pertunjukan Jelajah Adria.
-AFP