DuniaInspirasi

Pemain bola sepak Rusia, Fedor Smolov kecam serangan ke atas Ukraine

PARIS : Pemain bola sepak antarabangsa Rusia, Fedor Smolov menunjukkan bantahan terhadap serangan Rusia ke atas Ukraine menerusi hantaran gambar di Instagram.

Penyerang Dynamo Moscow berusia 32 tahun itu memuat naik hantaran itu berlatarkan warna gelap dan diikuti bendera Ukraine dan ikon kecewa berserta kapsyen, “Katakan tidak kepada peperangan.”

Smolov yang mempunyai 45 kap penampilan – dipanggil dalam tiga senarai skuad kebangsaan baru-baru ini meluahkan bantahan selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine, hari ini.

Dalam pada itu, menurut UEFA, krisis berterusan Rusia-Ukraine mungkin mencetuskan risiko terhadap perlawanan akhir saingan Liga Juara-Juara UEFA 2022 yang akan dijadual berlangsung di St. Petersburg pada Mei,.

Untuk rekod, Presiden Rusia, Vladimir Putin melaksanakan operasi ketenteraan selepas mengiktiraf wilayah Luhansk dan Donetsk dan mendakwa Barat mengabaikan kebimbangan utama Moscow berhubung keselamatannya.

Pengumuman itu menerima kecaman dunia, disifatkan melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa. Negara-negara Barat berikrar untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Rusia.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button