Semasa

Pelupusan sampah haram Selangor menurun

SHAH ALAM :Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han, statistik dari Pihak Berkuasa Tempatan Selangor (PBT) menunjukkan bahawa aduan yang berkaitan dengan tapak pelupusan sampah haram di Selangor telah menurun dengan ketara dari 1,983 insiden pada tahun 2019 kepada 874 kes tahun lalu.

Pengurangan 56 peratus jelas signifikan, menunjukkan bahawa kerajaan Selangor berada di jalan yang betul dalam memerangi masalah sampah haram, tambahnya.

Situasi ini menunjukkan bahawa tiada hubungan langsung antara isu sampah haram dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) yang tidak dilaksanakan di Selangor.

Menurutnya, berdasarkan data tindakan perundangan dan penguatkuasaan semasa oleh pihak berkuasa tempatan memadai untuk menangani masalah pembuangan sampah haram di Selangor pada masa ini.

Ng berkata demikian sebagai tindak balas pada komen yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan, yang dipetik di media, mendakwa terdapat pembuangan sampah haram di Selangor kerana negeri itu dikecualikan daripada Akta 672.

Beliau juga berkata bahawa pernyataan Mohd Zain itu kurang tepat, berat sebelahh dan tidak berlandaskan fakta.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button