Batu Caves : Ahmad Salman Bin Zamri atau lebih dikenali sebagai Salman Al-Farisi merupakan seorang pelakon, pelawak dan pengacara di Malaysia. Beliau lebih dikenali menerusi sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) di TV3.
Namun penggiat seni tersebut terpaksa berehat di rumah setelah mengalami kecederaan pada kaki kirinya. Beliau mengalami kemalangan semasa dalam proses penggambaran yang dijalankan pada tahun lalu. Kesan daripada kemalangan tersebut, tulang penyambung antara peha dan tulang betisnya patah dan menyebabkan beliau mengalami kesukaran dalam mencari rezeki.
Salman yang sebelum ini aktif membantu artis-artis yang bermasalah, kini tidak mampu berjalan disebabkan kecederaan kaki kirinya.
Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, dan Bendahari MAPIM, Kapten Haji Faris Hussain bersama dengan Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Dr. Muhammad Fairus bin Hussain hadir menziarahi serta menyampaikan pek bantuan makanan kepada pelakon tersebut.
Beliau menyatakan rasa syukur kepada MAPIM Malaysia dan juga Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia kerana meringankan beban keluarganya.
Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery,
“Artis juga manusia. Masalah mereka sama juga dengan masalah kita. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita bantu mana yang termampu. Golongan artis pun banyak jasanya kepada kita, terutamanya MAPIM Malaysia yang banyak mempromosi aktiviti kemanusiaan MAPIM. Kami sedar, sumbangan ini tidak akan menyelesaikan masalahnya, tetapi setidak-tidaknya ia akan mampu meringankan bebannya. Sama-sama kita doakan kesihatan yang baik untuk saudara Salman.”
Artikel oleh : Azmir Zulhanis
MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.
menerusi
Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016