“Pelajar kami bertudung, bukannya niqab. Kami tidak menerimanya kerana ia sukar dilaksanakan selain ia bukan Islam sebenar dan bukan berpandukan al-Quran,” katanya.
Tambah beliau, hanya antara 10 hingga 20 peratus daripada 1,000 pelajar yang mendaftar tahun lalu datang ke universiti semalam, walaupun tiada kelas dijadualkan.
Beliau mengunjurkan, sehingga 30 peratus pelajar sudah meninggalkan Afghanistan selepas Taliban menguasai Afghanistan pertengahan Ogos lalu.
Bagaimanapun, bagi segelintir pelajar, mereka lega kerana wanita masih berpeluang belajar di universiti menerusi rejim baharu Taliban.
Zuhra Bahman, penganjur program biasiswa bagi wanita di Afghanistan, menerusi media sosial, sudah berbual dengan beberapa pelajar wanita dan secara umumnya menerima baik pendekatan Taliban.
Jurucakap Universiti Ibn-e Sina di ibu kota, Jalil Tajlil, berkata pintu masuk berasingan sudah dibuat bagi lelaki dan wanita.
“Kami tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak keputusan yang dikuatkuasa,” katanya yang turut menyalahkan ‘ketidaktentuan yang sedang berlangsung’ adalah kekurangan bagi pelajar.
Universiti menyiarkan di Facebook gambar pelajar lelaki dan wanita dipisahkan dengan tirai ketika berada dalam kelas.
AFP
Nurshazlin Shahrom