DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Pelajar Palestin ditahan menyanyi lagu rakyat

PALESTIN : Dua pelajar Universiti Hebrew ditahan oleh polis israel kerana menyanyi lagu tradisi rakyat.

Pelajar berumur 19 dan 20 ditahan oleh polis atas dakwaan menganggu ketenteraman.

Lagu yang dinyanyikan mengisahkan tentang tanaman buah zaitun dan makanan petani Palestin “Ala Dalouna”.

Mereka dilepaskan selepas enam jam dalam tahanan. Dan digantung selama enam hari oleh pihak universiti.

NGO Israel, Ir Amim, berkata mereka ditahan oleh polis di luar waktu tugasan.

“Semalam, di Universiti Hebrew, dua pelajar Palestin di kampus mendengar lagu menggunakan pembesar suara,”

“Kemudian seorang polis yang di luar waktu tugasan dan merupakan seorang pelajar datang pada mereka dan dibawa ke bahagian siasatan”

“Pelajar itu dilepaskan tapi menerima arahan jangan datang ke kampus untuk beberapa hari,”

“Pihak berkuasa sering berbangga dengan pelajar Palestin di Universiti Hebrew yang semakin meningkat tetapi layanan mereka memberikan cerita yang berbeza,” katanya.

Pelajar itu disiasat tentang pandangan politik mereka, pendapat mereka tentang Israel dan pertempuran Israel-Palestin. Mereka juga ditanya sama ada mereka beribadah dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Menurut keterangan polis Israel, pelajar tersebut menyanyi lagu dalam bahasa Arab yang menunjukan sokongan kepada keganasan.

Professor dari Fakulti Undang-Undang, Daphna Golan berkata pihak universiti perlu mempertahankan pelajarnya dan jangan membenarkan polis masuk ke kampus.

“Jelas sekali, polis yang belajar di universiti itu tidak boleh menggunakan kuasanya menahan pelajar itu. Dia boleh memanggil pengawal keselamatan. Perlukah pelajar itu ditahan dalam kampus? Kita perlu berhenti menganggap lagu yang kita tidak faham mempunyai sentimen jahat,”

Ir Amim juga telah berhubung dengan pihak universiti bagi mempertahankan pelajar Palestin itu.

Terjemah dari: Middle East Monitor

Oleh: Wartawan Pelatih, Izzul Nazarudin

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button