Dunia

Pelabuhan Syria diserang Israel

DAMSYIK : Tentera Udara Israel menyerang pelabuhan Latakia di Syria pada awal Selasa.

Menurut laporan agensi berita, SANA, serangan udara tersebut dilancarkan kira-kira pada jam 1.23 pagi waktu tempatan dengan menggunakan beberapa buah peluru berpandu.

Walau bagaimanapun, menurut mereka, pasukan pertahanan Syria berjaya menangkis serangan tersebut.

Serangan itu menyasarkan kawasan penyimpanan kontena yang menyebabkan sebahagiannya terbakar tetapi tiada kecederaan atau kematian.

Namun, anggota-anggota jabatan bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

Untuk rekod, sejak perang saudara meletus di Syria pada tahun 2011, ratusan serangan udara telah dilancarkan oleh rejim Zionis ke atas negara tersebut menyasarkan kedudukan kerajaan.

Pada 24 November lalu, serangan peluru berpandu Israel di bandar Homs telah menyebabkan lima orang terbunuh, menurut sebuah kumpulan hak asasi manusia Syria.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button