Covid19Semasa

Pekerja Citigroup Amerika yang tidak mahu divaksin akan dipecat

WASHINGTON : Citigroup akan memecat pekerjanya yang tidak mahu divaksin Covid-19. Keputusan tersebut akan menjadikan gergasi kewangan itu sebagai syarikat berpangkalan di Wall Street, New York, AS pertama yang menegakkan mandat vaksin.

Citigroup mengumumkan keputusannya itu melalui memo yang dikirim kepada pekerjanya pada Jumat (7/1/2022) sebagaimana dipetik oleh CNBC.

Mereka yang tidak patuh terhadap mandat vaksin syarikat perlu mengemaskan meja kerjanya pada akhir Januari.

Pada Oktober lepas, Citigroup sudah mengumumkan rancangan bahwa para pekerjanya perlu divaksinasi sepenuhnya sebagai syarat kerja.

Syarikat mengatakan bahawa pekerjanya harus menyerahkan bukti vaksinasi pada 14 Januari. Mereka yang tetap tidak dapat menunjukkan bukti vaksinasinya paling akhir minggu depan, akan dihukum unpaid leave alias cuti yang tidak digaji dengan hari kerja terakhir pada 31 Januari.

Memo tersebut pertama kali dilaporkan oleh Bloomberg. Jurucakap Citigroup menolak memberi komen ketika dihubungi CNBC.

Citigroup, bank ketiga terbesar di AS berdasarkan asetnya, memiliki peraturan vaksin paling agresif  antara syarikat-syarikat di Wall Street. Bank-bank saingannya termasuk JPMorgan Chase dan Goldman Sachs sejauh ini belum mengambil keputusan memberhentikan pekerja yang tidak divaksinasi.

Citigroup dipimpin oleh CEO Jane Fraser sejak Mac 2021. Keputusan mandat vaksin tersebut diambil syarikat kerana mematuhi perintah eksekutif Presiden AS Joe Biden tentang vaksin. Citigroup menambah, menegakkan mandat vaksin juga akan membantu memastikan keselamatan pekerja yang kembali work from office (WFO).

Setelah Citigroup mengumumkan peraturan tersebut, lebih dari 90 peratus pekerjanyaa telah divaksin. Capaian vaksinasi tersebut itu meningkat ketika tarikah akhir semakin hampir.

Aturan tersebut hanya dilaksanakan untuk pekerja Citigroup yang berpangkalan di AS. Sejumlah COE di Wall Street, seperti Jamie Dimon dari JPMorgan dan James Gorman dari Morgan Stanley dengan vokal menyerukan pekerjanya kembali WFO. Namun penyebaran varian Omicron memaksa perusahaan-perusahaan itu bagi menunda kembali rancangan WFO.

– Kompas

Related Articles

Back to top button